Blog ini dibina untuk memudahkan pemain-pemain Pockie Ninja di Malaysia memahami cara bermain Pockie Ninja terutamanya Beginners dan mendapat update terbaru. Guide ini lebih kepada pemain Pockie Ninja secara percuma berbanding yang bermain menggunakan gold.
Kebanyakkan perkataan asal tidak diubah untuk mengelakkan kekeliruan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di bawah di mana saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.
http://www.emailcashpro.com

Thursday, January 26, 2012

Bagaimana Cara Untuk Menaikkan Level Dengan Cepat

Gunakan EXP seal untuk mendapat gandaan experience ketika melawan monster level tertinggi yang anda mampu. Untuk mengelakkan pembaziran EXP seal, lawan monster sahaja selepas mengaktifkan EXP seal dalam tempoh yang diberi. EXP seal juga boleh digunakan sekiranya melawan outdoor demon boss, gandaan dia cukup menarik dan anda mungkin mendapat eqipment menarik dan barang untuk Bloodline selepas melawan outdooor demon boss. ( Outdoor demon boss memerlukan demon proof of suppression )


• Valhalla lebih kepada tempat untuk mencari equipment/outfit yang bergred tinggi dan juga untuk mencari stones. Masuk Valhalla 3x sehari bersama rakan-rakan anda mengikut level yang dibenarkan.

• Las Noches memberi banyak experience sekiranya anda dapat pergi lebih jauh. Caranya ialah sekiranya anda berlawan di Las Noches dan telah kalah buat pertama kali, jangan gunakan foux body tetapi terus claim reward and leave. Ini kerana sekiranya anda guna foux body dan anda kalah buat kali kedua, experience hanya diberikan 50%. Ulangi untuk 3x sehari, agak boring kerana mengambil masa yang panjang tetapi banyak experience yang akan diterima. Sebelum masuk pastikan membawa banyak heal dan chakra pot serta membaik pulih senjata terlebih dahulu.

• Lakukan bounty quest 10x sehari, ia membantu anda mendapat experience dan juga barang-barang yang menarik.

• Experience, stones dan medal juga boleh dicari dengan menggunakan egg di village anda.

• Setiap kali ingin offline, pastikan anda masuk ke Training Hall untuk mendapat experience. Experience dari Training Hall boleh digandakan dengan membeli Stamp of Special Training dari Item Mall. Pastikan room yang anda masuk penuh supaya anda mendapat experience bonus dan sekiranya level anda cukup tinggi anda boleh mencuba masuk ke special training room di Angel City.




Jika anda offline sekurang²nya 72 jam, anda boleh claim offline bonus seperti tertera.

No comments:

Post a Comment